Tuesday, February 23, 2010

De Adventures of Gorgeous Upcoming Momma


Akhirnya...buat pertama kali aku tergerak nak conteng-conteng blog aku yang tak pernah ada apa-apa post ni. Iye la..aku dah banyak kali buat blog, tapi semua tidak berisi....macam padang sahara, tandus saja. Lupa password kononnya..syyy...sebenarnya malas nak menulis.

Pada petang yang boring ni, aku nak berkongsi cerita sikit tentang seorang bakal ibu yang ayu lagi gojess (akulah tu) dan aktiviti kegemaran barunya..hmm..macam ni kisahnya..

~~ooopss....azan sedang berkumandang ni, nanti aku sambung cerita selanjutnya, nak solat dulu~~

Masa tu baru sebulan usia pernikahan kami, aku disahkan hamil setelah aku perasan dah lewat 12 hari tak datang *****, dipendekkan cerita aku dan hubby sangat-sangat la girangnya..alhamdulillah..walaupun tergendala hanimun kami. Hanimun di Pandan Height pun jadilah...

Okey, seperti biasa aku menjalani hari-hari baru sebagai sorang isteri mithali kat rumah, tak bekerja buat sementara waktu (tu yang kawan-kawan jelesyyy..hehee), urus rumahtangga dan jaga kandungan yang baru je berputik. Selang 2 minggu, kira-kira 8 minggu usia kandungan masa tu aku mula rasa lain macam. Deria bau aku jadi super sensitif, semua benda aku tak boleh bau..termasuk bau yang paling aku suka sebelum ni, iaitu bau semulajadi suami tercinta. Hehee..sori abang ye.

Paling tak masyuk sekali aku tak boleh bau masakan dan mula tak boleh makan sesetengah makanan, sebab aku akan muntah selepas makan..oh Tuhan....semakin hari semakin menjadi-jadi bila semua makanan yang masuk ke dalam perut aku tak boleh terima. Kadang-kadang aku menangis sebab tak tahu nak makan apa lagi...tambah-tambah bila kenangkan yang sebelum ni aku memang kuat makan orangnya..tapi tak dinafikan aku tetap langsing.

Sejak itu aku tak pernah masak dan kami berdua sering hanimun dengan makan di kedai macam masa waktu bercinta-cinta dulu...uhuhuuuu...kalau masak pun masak mee dan bubur segera...pelbagai versi roti dan biskut-biskut jadi makanan ruji baru aku. Paling kasihan kat hubby yang agak kalut melayan kerenah baru aku ni. Di rumah aku ada undang-undang baru, sesiapa saja yang ingin smoking sila berbuat demikian di luar rumah sebab hidung aku paling tak tertahan dengan baunya yang membuatkan aku hilang separuh nyawa. Maka aku yang nyawa-nyawa ikan bakal moody sebab akan keluarkan segala isi perut yang ada.

Dan lagi, sepanjang mengandung tahap kesensitivitian aku melonjak tinggi dan hubby selalu jadi mangsa...(laki aku lagi yang kena, kesian abang..) Aku rasa aku dah tak se’gojes’ dulu..kulit semakin kering..jerawat suka sangat nak singgah-singgah kat mana-mana yang dia suka..dengan badan yang semakin kurus, mungkin sebab alahan teruk yang aku alami. Aku semakin tak suka touch-up dan berlawa-lawa...erghh!! buruknya aku sekarang..tapi ada juga kawan-kawan yang kata aku nampak comel, uhukkk....terima kasih sebab masih ada yang perasan aku comel sebenarnya. Semoga aku sentiasa jelita dimata hubby...betul tak? Abang tak payah la malu-malu nak akui..hehee

Kemudian, aku ada aktiviti baru yang sangat diimpi-impikan semua orang yang malas iaitu bergolek-golek sahaja dirumah sambil menonton tv dan melayari internet....tambah selesa bila disebelah sofa ada makanan dan minuman. Sambil mencari-cari info tentang mengatasi alahan sewaktu hamil...hmm...inilah aktiviti aku hari-hari selepas mengemas rumah. Sampai satu tahap aku rasa teramatlah boringnya kalau selamanya macam ni dan aku berkira-kira bila lah pula aku boleh main masak-masak dan selera aku kembali normal.

Dalam keadaan yang sangat melemaskan ni, semangat aku untuk lebih bersabar kembali bila kami buat baby scanning di klinik, waktu tu kandungan aku berusia 12 minggu. Perasaan yang tak pernah aku rasa bila lihat our little cute baby yang baru berukuran 6 cm telah mempunyai bentuk dan keadaan jantung yang berdegup normal...anakku sihat..tambah pula senyuman girang di wajah bahagia hubby melihat zuriatnya dalam kandungan aku..eeee...syahdunye waktu tu..heheee...layan blues jap.

Sejak waktu itu, aku bersemangat waja untuk banyak makan walaupun terpaksa muntah banyak kali yang aku rasa sangat mendera dan menyakitkan...badan terasa melayang, tapi aku happy bila terbayang-bayang anakku yang comel, terima kasih pada hubby yang sangat memahami keadaan aku sekarang...ermm..semakin memahami sebenarnya, ehehee.

Alhamdulillah, sekarang ni kandungan aku dah masuk 15 minggu, dan segala alahan tersebut semakin beransur kurang walaupun tak sepenuhnya....paling membuat aku girang bila aku dah mula boleh terima makanan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Perubahan yang baik..dan baru sekejap tadi aku masak bihun sup PAMA kegemaran aku masa kat asrama dulu. Hehee...lunch time sweetheart...moga kamu cepat membesar..

Hmm..sekarang baru aku mula faham kenapa besar pahala dan tinggi darjat seorang ibu. Dari waktu hamil dah dilatih dengan ujian ringan yang agak mencabar sebagai persediaan awal sebelum menjadi ibu. Baru la tau macam ni rupanya dulu mak aku mengandungkan aku...pada kawan-kawan semua yang membaca...korang jangan takut pulak nak mengandung. Seronok sebenarnya rasa sendiri pengalaman preggy, lebih-lebih lagi yang pertama kali macam aku ni.....terasa diri begitu tulen.....eheheheeeeee....wanita sejati.

Okeylah...sampai sini dulu untuk kali ni..nanti bila aku dah gumuk dan chubby aku update lagi beserta foto-foto terkini de gojes upcoming momma untuk tatapan kawan-kawan. Daaaaaah.....